Saturday, August 15, 2009

WATAK ANTAGONIS

Salam Ta'zim ditujukan kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku yang seberapa ini........Disini aku nak berkongsi beberapa idea dan pendapat aku tentang watak Antagonis di Malaysia dalam perspektif perfileman di negara kita.

Mengapa penonton di negara kita hanya pandai mengkritik yang negatif sahaja tetapi tidak mengkritik yang प्रो Oleh yang demekian sebagai seorang Rakyat Malaysia kita hendaklah mengkritik dengan mempunyai bukti dan teori yang kukuh.

Aku bukan nak berceloteh panjang, cuma aku ingin mengingatkan kepada semua penonton di Malaysia, kita hendaklah mengkritik sesuatu filem itu dengan adanya PRO & KONTRA . Cakap memang mudah beb...tapi nak melaksanakan Hanya Tuhan sahaja yang tau........Alamak dah macam lirik lagu nasyid la plak................Apalah salah kita menghargai karya mereka........ingat senang ker nak wat filem........wat filem bukan macam buat air teh beb........air teh kalau tak sedap kita boleh buang.........tapi kalau filem boleh kah kita buang ?

Sukati jerk.......nak buang filem orang........semua berduit beb..............apalah.......so hargailah filem kita. Aku ni nak kata buat filem bagus sangat takdalah sebab aku masih pelajar lagi. Aku tengah buat kajian Watak Antagonis . Aku tengok di Malaysia ni watak Antagonis kurang dititikberatkan . Cuma ada beberapa filem yang aku tabik dekat pengarahnya iaitu filem Budak kelantan, Gangster dan Baik Punya Cilok.

Walaubagaimanapun belum ada Pengarah di Malaysia dapat menandingi watak jahat dan gaya pengarahan yang dipegang oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee danAllahyarham Hussein Abu Hassan
. Bila kita tengok lakonan diorang kita akan berasa geram dan menyampah . Padahal itu dah memang bidang lakonan dia. Ini bermakna watak antagonis yang dipegang beliau memang betul dihayati. Persoalan sekarang Mengapa kita tidak mahu pelakon di Malaysia mempunyai nama Watak Hitam seperti seniman terdahulu . Persoalannya adakah watak Jahat di Malaysia ini sahaja diada-adakan untuk melengkapi cerita? Akhir kata ........Lu fikirla sendiri............aku nak sambung buat research kembali.

No comments:

Post a Comment